‘Pendakwah Itu Ugut Nak Saman Jika Buka Mulut’ – Mangsa Rogol

Terbaru, pendakwah bebas dari program realiti telah ditangkap pihak polis dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes rogol melibatkan dirinya. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata pihaknya telah menerima laporan dari mangsa berhubung perkara itu.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang hanya dikenali sebagai Mia tidak mahu membuat laporan polis sebelum ini disebabkan oleh ibu bapanya tidak mengizinkan.

 

Tiada kekuatan

Menurut mangsa berusia 23 tahun itu berkata ibu bapanya tidak mahu membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa kerana malu yang bakal ditanggung sekiranya perkara tersebut kecoh.

Saya tiada kekuatan untuk membuat laporan polis sebelum ini kerana takut selepas diugut. Pendakwah terbabit pernah ugut nak saman jika saya buka mulut atau membuat laporan polis. Malahan Ibu bapa juga tidak benarkan saya membuat laporan polis kerana malu jika perkara ini menjadi kecoh dan diketahui ramai.

Tegakkan kebenaran

Difahamkan, selepas mendapat sokongan dari pihak-pihak tertentu, mangsa tampil untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis terhadap si pelaku. Malah, dia juga berharap laporan yang dibuat dapat menegakkan keadilan selepas melalui pelbagai derita.

Namun, selepas mendapat sokongan dan bantuan daripada beberapa pihak, saya beranikan diri untuk membuat laporan polis, Rabu lalu.Saya berharap selepas ini keadilan dapat ditegakkan sekali gus membayar semula derita yang pernah saya alami sebelum ini. Sedikit sebanyak dapat melegakan hati selepas memendamnya sekian lama.

 

Berita Terdahulu

Penceramah Muda Ditahan Disyaki Rogol Rakan Setelah Konon Nak Bantu Rawat Kemurungan

 

Terbaru, seorang penceramah agama bebas telah ditangkap oleh pihak polis. Tertuduh ditahan bagi membantu siasatan pihak polis berhubung kes rogol yang berlaku pada tahun lepas.

 

Telah ditangkap

Gambar sekadar hiasan

Lapor Malaysia Gazatte, suspek yang merupakan penyanyi dan penceramah agama bebas ditangkap kerana disyaki merogol seorang wanita di Shah Alam pada tahun yang lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Sahat suspek telah ditahan bagi memberi keterangan ekoran laporan polis yang dibuat mangsa.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu mangsa perempuan berusia 23 tahun telah keluar dengan suspek yang baru dikenali di laman sosial Instagram dengan menaiki kereta milik saspek jenis BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

Suspek ketika itu membawa mangsa untuk makan di kawasan Batu 3, Shah Alam. Namun, sejurus makan bersama mangsa telah dibawa ke rumah suspek. Suspek ketika itu ‘kononya’ ingin memberikan penjelasan mengenai penyakit kemurungan.

Tidak terdaya melawan

Gambar sekadar hiasan

Mangsa telah dirogol oleh suspek dan mangsa tidak terdaya hendak melawan serta tidak tahu cara mahu keluar dari tempat tersebut.

Sejurus kejadian itu, suspek ‘didakwa’ memberikan amaran keras kepada mangsa untuk merahsiakan perkara tersebut dan tidak membenarkan mangsa menceritakan kepada sesiapa. Walau bagaimanapun, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang pada 23 September 2019 disebabkan tekanan perasaan dan kes tersebut telah dirujuk ke rawatan psikiatri.

Pada Oktober 2019, mangsa telah balik ke rumah keluarga di Triang, Pahang serta telah mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan di wad psikiatri selama lima hari.

Tambahan pula, pihak Hospital Temerloh turut menjelaskan mangsa telah mengalami tekanan perasaan yang teruk dan trauma berikutan insiden hitam yang terjadi kepadanya.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Suspek juga akan direman bagi membantu siasatan pihak polis.

Sumber: HarianMetro & MalaysiaGazatte

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Pendakwah Itu Ugut Nak Saman Jika Buka Mulut’ – Mangsa Rogol"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*