Kantoi! Pemandu Bawa Pokok Pisang Dalam Kereta, Rupa-Rupanya Ada 18 Saman Trafik Tertunggak

LAIN manusia lain ragamnya dan bermacam2 hal.

Terbaharu, seorang lelaki mencuri perhatian ramai gara-gara membawa sebatang pokok pisang menggunakan keretanya di Johor Bahru.

Bagaimanapun, perbuatan itu juga ternyata mengganggu pengguna jalan raya lain.

Penahanan lelaki itu turut membongkar 18 saman trafik, empat waran tangkap serta 10 saman ‘non-compoundable’ terhadapnya yang masih belum selesai.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berusia 30 tahun berkenaan yang hadir di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri bagi memberi keterangan berhubung insiden pokok pisang pagi Ahad kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi menyelesaikan saman tertunggaknya.

Dia juga dikenakan saman trafik atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai, katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video sebuah kereta Toyota Vios membawa sebatang pokok pisang secara melintang sehingga mengganggu trafik di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai.

Mengulas kes itu, Dzulkhairi Mukhtar berkata selepas rakaman video itu tular menerusi media sosial, polis telah menghubungi pemilik kenderaan Toyota Vios tersebut yang berada di Singapura.

“Anak pemilik kenderaan itu hadir di balai memberi keterangan semalam dengan menyatakan kereta tersebut dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk tujuan upacara sembahyang di kawasan Mutiara Rini, ” katanya.

Beliau berkata susulan itu, suspek hadir di balai polis untuk membantu siasatan pada 9.30 pagi Ahad yang membawa kepada pembongkaran pelbagai saman lampau tertunggaknya.

Menurutnya, kenderaan itu turut disita mengikut Sekyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen.- BERNAMA

Video Kejadian Yang Viral

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Kantoi! Pemandu Bawa Pokok Pisang Dalam Kereta, Rupa-Rupanya Ada 18 Saman Trafik Tertunggak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*