Video Customer Ludah Pekerja Kedai Serbaneka …Memang Tak Patut

Kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung sejauhmana kemantapan dan keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakatnya. Hubungannya yang erat adalah antara ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. Iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka bahkan menjadi aset paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah.

Menyedari akan hakikat inilah maka Islam awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan erat di kalangan masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya terhad kepada sesama masyarakat Islam sahaja malahan melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya.

Namun ada juga segelintar orang dalam masyarakat kita bersikap tidak rasional dan kurang ajar, seperti yang terdapat dalam video yang tular baru-baru ini. Dalam kejadian yang berlaku di salah sebuah kedai serbaneka yang terkemuka, seorang lelaki didapati sedang berkelahi dengan pekerja kedai serbenaka itu. Dengan tiba-tida lelaki yang berkelahi itu mengeluarkan kata-kata kesat dan berbau perkaumann.Tidak cukup pada itu, lelaki itu juga meludah ke arah pekerja serbaneka itu.

VIDEO

Dalam keadaan sekarang, perbuatan meludah itu memang tidak wajar, lagi-lagi pada musim pandemikk ini. Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba untuk tenteramkan keadaan dan menghalau lelaki itu keluar. Punca kejadian belum dapat dipastikan dan menurut oarang ramai yang komen, tempat kejadian dikatakan berlaku di Lahat Baharu, Ipoh.Orang ramai menyelar tindakan lelaki dalam video itu kerana perbuatannya memang tidak dapat diterima langsung.

Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama kita tanpa mengira kaum dan bangsa. Membina ikatan yang kuat sesama kita adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan negara.

Sumber : ASN

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*