Terbaru ! 6 Laporan Polis Terhadap Pendakwah Selebriti

Kuala Lumpur: Enam laporan polis diterima setakat ini ke atas atas pendakwah selebriti yang ditahan polis berhubung siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, tempoh reman suspek akan tamat esok namun disebabkan beberapa laporan polis yang baru diterima hari ini perintah reman akan dipohon bagi membantu siasatan.

Menurutnya, sehingga kini enam laporan polis diterima iaitu lima di daerah Shah Alam dan satu di daerah Petaling Jaya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (melakukan seks luar tabii) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mencederakan).

“Polis menyeru sekiranya ada mangsa mangsa lain agar jangan bimbang untuk tampil membuat laporan polis,” katanya.

Pendakwah selebriti terbabit sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira 11 malam Khamis lalu, selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Berdasarkan laporan mangsa berusia berusia 23 tahun itu, dia mendakwa diperkosa suspek yang mendakwa mahu membantu merawat gangguan emosi dialami pada September tahun lalu.

Difahamkan suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.

 

Guru Pula Tampil Dakwa Dirogol Pendakwah Selebriti

Petaling Jaya: Seorang guru berusia 22 tahun pula tampil membuat laporan hari ini mendakwa menjadi mangsa rogol pendakwah selebriti yang ditahan polis di Shah Alam minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Damansara ke atas suspek.

“Setakat ini di Petaling Jaya kita menerima dua laporan membabitkan cabul dan rogol oleh individu terbabit.

“Maklumat lanjut berkaitan kejadian itu akan dimaklumkan nanti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan pendakwah selebriti yang ditahan polis berhubung siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam minggu lalu, ditahan sekali lagi oleh polis daerah ini atas kes cabul seorang lagi gadis berasingan.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang wanita berusia 22 tahun pada jam 3.51 petang kelmarin, mendakwa dicabul lelaki berusia 25 tahun yang juga pendakwah selebriti.

Pendakwah selebriti terbabit sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira 11 malam Khamis lalu, selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Berdasarkan laporan mangsa berusia berusia 23 tahun itu, dia mendakwa diperkosa suspek yang mendakwa mahu membantu merawat gangguan emosi dialami pada September tahun lalu.

Difahamkan suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Terbaru ! 6 Laporan Polis Terhadap Pendakwah Selebriti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*