Lawak ! Ini Kesannya Bila Kucing Termakan Daun Ganja

Setiap orang tahu bahawa terdapat sesetengah kucing yang suka memakan rumput kerana haiwan ini dipercayai sedang sakit. Sebenarnya teori tersebut tidak tepat sama sekali kerana kebanyakkan kucing akan memakan rumput kerana itu adalah naluri mereka yang sukakan snek tumbuh-tumbuhan.

Ditambah pula rumput senang didapati, maka lebih mudahlah ia untuk menikmatinya. Jadi, pencinta kucing tidak perlu lagi risau sekiranya haiwan kesayangan anda telah memakan rumput akan tetapi anda perlu memastikan bahawa rumput yang dimakan itu tidak mengalami sebarang racun.

Tidak terkecuali dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu @weirdestvideo dimana kelihatan seekor kucing oren yang sedang memakan sehelai daun. Akan tetapi, lain pula yang berlaku apabila haiwan ini rupa-rupanya telah memakan daun ganja yang boleh menyebabkan delusi, halusinasi dan juga kesan high.

Kesannya, haiwan itu telah berjalan sambil mengangkat kedua belah kaki belakangnya dan kejadian itu sempat dirakam. Lebih melucukan apabila haiwan itu juga dilihat terhuyung-hayang gara-gara tersalah makan jenis daun. Kejadian itu telah mencetuskan gelak tawa warga netizen di samping terdapat di antara mereka yang tidak ketinggalan meninggalkan komen di twitter tersebut.

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lawak ! Ini Kesannya Bila Kucing Termakan Daun Ganja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*