Padah Cuba Merompak Rumah Bilal, Ini Sebab Kenapa Terperangkap 6 Jam Atas Bumbung

PASIR GUDANG – Hasrat seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah milik bilal Masjid Jalil Hassan, Kampung Pasir Putih di sini tidak kesampaian apabila dia terperangkap di atas bumbung kira-kira enam jam dalam kejadian di sini awal pagi tadi.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu bagaimanapun berjaya diberkas pukul 8.30 pagi selepas dikepung penduduk kampung.

Menurut seorang saksi kejadian, Sazli Raping, 55, berkata, suspek dipercayai cuba memecah masuk rumah bilal kira-kira pukul 2 pagi melalui bumbung rumah.

“Bilal tersedar daripada tidur selepas dia terdengar bunyi bising atas bumbung rumahnya, dia ingat haiwan seperti kucing atau musang tetapi terkejut selepas mendapati ada kelibat manusia.

“Bilal terus kejutkan ahli keluarga yang lain serta jiran-jiran terdekat menyebabkan lelaki itu tidak berjaya meloloskan diri, dia takut nak terjun,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sazli berkata, penduduk kampung terus menghubungi polis sebaik menyedari kejadian itu sebelum sepasukan polis cuba memujuk suspek untuk menyerahkan diri namun lelaki itu berkeras tidak mahu turun.

Jelasnya, polis meminta bantuan daripada pasukan bomba untuk menangkap suspek dengan menyembur air daripada jentera bomba namun usaha itu juga tidak berhasil sebelum meminta bantuan menggunakan kren sebuah syarikat pembinaan berhampiran.

“Lelaki itu ditangkap dengan bantuan kren untuk turunkannya, mungkin dia rasa takut diapa-apakan penduduk kampung sebab itu dia rela duduk atas bumbung berjam-jam.

“Kami pun tidak kenal lelaki itu dan percaya dia merupakan orang luar dari kampung kami,”katanya.

Suspek kemudiannya ditangkap sebelum dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut

Sumber : Kosmo Online

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Padah Cuba Merompak Rumah Bilal, Ini Sebab Kenapa Terperangkap 6 Jam Atas Bumbung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*