Terbaru ! Polis Terima Lagi 5 Laporan Dan Ini Diantara Penyebab Gadis Senang Masuk Perangkap Da’i Syed

KES dakwaan terlibat dalam jenayah seksual membabitkan Da’i Syed menjadi semakin panas apabila lima lagi mangsa tampil membuat laporan polis terhadap suspek yang kini masih dalam tahanan reman selepas enam laporan diterima sebelum ni.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, semua laporan itu diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Petaling Jaya.

“Siasatan masih berjalan, setakat ini dua daerah terima laporan polis berhubung tindak laku pendakwah terbabit. Polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.

“Jumlah laporan terkini kira-kira empat hingga lima, jadi kita menggesa semua tampil ke hadapan sekiranya mereka menjadi mangsa pendakwah ini,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman yang disampaikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, selaku Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif Inix Technologies Holdings Bhd di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Sehingga kini polis menerima 12 laporan membabitkan Da’i Syed.

Suspek berusia 25 tahun itu masih dalam tahanan reman sehingga 6 Disember ini bagi membantu siasatan.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis menerima tujuh laporan iaitu dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cabul) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii).

Manakala satu kes lagi diklasikasikan sebagai tiada tindakan lanjut susulan tiada unsur gangguan seksual.

Dalam pada itu, Noor Azam memberitahu kebanyakan mangsa berusia sekitar 21 hingga 25 tahun.

Golongan itu dipercayai mudah tertarik dengan pendakwah tersebut kerana cara berkomunikasinya.

“Kadang-kadang mangsa malu, kita tidak boleh salahkan mangsa sebab ini melibatkan maruah tetapi apabila seorang keluar, mesti dua tiga orang mangsa akan keluar lagi.”

DATUK NOOR AZAM JAMALUDIN

KETUA POLIS SELANGOR

Katanya, mangsa mungkin lebih tertarik kepada pendakwah tersebut atas kedudukannya sebagai individu yang ketika bercakap lebih menjurus kepada keagamaan selain caranya juga meyakinkan.

“Tarikan daripada segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa,” ujarnya.

Mengenai dakwaan kononnya pendakwah itu menggunakan ilmu pengasih, pihak polis tidak mempunyai maklumat berhubung hal itu namun tidak menolak cara seseorang itu bercakap dan mendengar masalah antara perkara yang menjadi kelemahan seseorang wanita menyebabkan mereka mudah terjerat.

“Kadang-kadang lelaki warga asing kulit hitam pun boleh dapat gadis cantik juga,” katanya.

Pendakwah Da’i Syed direman sehingga 6 Disember bagi membantu siasatan.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan kemukakan fakta dan semua bukti kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas semua siasatan lengkap dilakukan.

Sementara itu, Noor Azam tidak menolak punca kebanyakkan mangsa mengambil masa lama membuat laporan polis disebabkan isu tersebut melibatkan maruah diri sehingga mereka berasa malu.

Justeru beliau menyeru mana-mana individu yang menjadi mangsa agar tiak bimbang untuk membua laporan polis.

 

Sumber : MStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Terbaru ! Polis Terima Lagi 5 Laporan Dan Ini Diantara Penyebab Gadis Senang Masuk Perangkap Da’i Syed"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*