[Video]40 Orang Ditahan Di Hadapan Plaza Low Yat Kerana Bergaduh

Kuala Lumpur: Seramai 40 individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang, di sini, petang tadi.

Pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan pelanggan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

“Setakat ini siasatan awal sedang dilakukan dan satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Sementara itu sumber memberitahu kejadian pergaduhan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pergaduhan antara kaum.

Sebaliknya, ia adalah membabitkan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati akibat pelanggan mereka diambil oleh peniaga lain.

Bagaimanapun butiran perniagaan berkaitan pergaduhan itu tidak dinyatakan.

Terdahulu tular dua video yang menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Plaza Low Yat, di sini, petang tadi.

 

Video Yang Diperkatakan

Sumber : BH

Video by kinemaster

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment on "[Video]40 Orang Ditahan Di Hadapan Plaza Low Yat Kerana Bergaduh"

  1. tutup 14 hari plaza tu

Leave a comment

Your email address will not be published.


*