Bendera JDT Dipasang Separuh Tiang,Tanda Penghormatan Kepada Syafiq Ahmad Sekeluarga

BENDERA Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) diturunkan separuh tiang di Stadium Sultan Ibrahim sebagai tanda penghormatan kepada penyerangnya, Syafiq Ahmad dan keluarga.

Arahan itu dikeluarkan oleh pemilik kelab yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail telah menghantar Setiausaha Sulit Baginda bersama dengan pegawai agama Jabatan Agama Islam Negeri Johor ke Pulau Pinang untuk membantu pemain Kelab Johor Darul Ta’zim, Syafiq Ahmad yang telah kehilangan ahli keluarga terdekat pada pagi tadi.

“Tunku Ismail juga bertitah untuk bendera JDT di Stadium Sultan Ibrahim diturunkan separuh tiang, stadium diterangi dengan lampu putih dan mesej takziah dipaparkan di skrin besar sebagai tanda penghormatan kepada Syafiq sekeluarga. Upacara Tahlil juga akan diadakan selama tiga hari,” katanya menerusi hantaran Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Ahad.

Syafiq yang juga pemain skuad Harimau Malaya terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari.

Dua lagi yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 5.30 pagi di Kilometer 163 Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap itu ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian itu, Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya dikenal pasti sebagai Aaira Nur Saffiya, 2, cedera ringan, manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, parah.

 

Sumber : Sinar Harian

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Bendera JDT Dipasang Separuh Tiang,Tanda Penghormatan Kepada Syafiq Ahmad Sekeluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*