6 ‘Food Rider’ Mengaku Merogol Gadis Di Bawah Umur

PETALING JAYA : Mangsa yang merupakan seorang wanita telah dirogol oleh sekumpulan lelaki yang merupakan pekerja sebagai seorang penghantar makanan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mangsa mendakwa telah dirogol di sebuah hotel pada jam 12 tengah ari pada 2 disember yang lalu.

Tindakan pantas Pihak Polis menjejaki suspek berjaya menahan kesemua lelaki berkenaan di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara pada 4 Disember 2020.

Suspek terdiri daripada empat orang  berusia antara 20 hingga 22 tahun. Manakala dua lagi suspek adalah kategori kanak-kanak berusia 16 dan 17 tahun dan tidak bersekolah. Kesemuanya telah mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati dua daripada suspek itu mempunyai rekod kes jenayah dan dadah,” tambah Nik Ezanee.

 

Mangsa  sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana telah mengalami tekanan emosi akibat insiden berkenaan.

Selain itu, Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun jika disabitkan bersalah.

 

Sumber : Malaysia Gazzete

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "6 ‘Food Rider’ Mengaku Merogol Gadis Di Bawah Umur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*