Aksi Mesra Zetty Rashid, Lan Solo Selepas Persembahan ‘V0kal Mania’ Dikec4m Tak Manis

VIDEO yang memperlihatkan aksi mesra penyanyi Lan Solo berpelukan dengan peserta rookie program Vokal Mania iaitu Zetty Rashid mengundang kritikan netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen menyifatkan aksi mesra Lan dan Zetty yang ditunjukkan di laman sosial itu sebagai tidak manis.

Bagaimanapun, Zetty, 26, menegaskan penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela itu sememangnya abangnya namun enggan berkongsi lebih lanjut kerana beranggapan ia sesuatu yang terlalu privasi.

Zetty menjelaskan Lan adalah abangnya.

“Setakat ini, apa yang saya boleh jelaskan kami memang abang dan adik. Tapi saya tak boleh nak bercerita lebih lanjut lagi mengenai hubungan kami.”

“Bukan saya tak nak kongsikan tapi ada benda yang melibatkan keluarga ini perlu disimpan dan menjadi privasi antara kami.

“Untuk saya dan abang Lan, kami tak ada masalah atau isu yang besar. Biarlah orang luar tahu dia abang saya dan saya adik dia,” kata Zetty kepada mStar.

“Sebenarnya saya dan abang Lan dah dapat agak netizen mesti akan buat spekulasi.” 

ZETTY RASHID

PENYANYI

Video dan beberapa foto yang dimuat naik Zetty dan Lan berpelukan di Instagram masing-masing mendapat perhatian netizen yang keliru dengan hubungan mereka.

Aksi tersebut dirakam selepas mereka selesai membuat persembahan di pentas Vokal Mania yang berlangsung pada malam, Ahad.

Dalam pada itu, Zetty yang juga seorang penyanyi memberitahu dia dan Lan sudah menjangkakan netizen akan membuat spekulasi terhadap mereka.

Menurut penyanyi lagu Terpulanglah ini, isteri kepada Lan iaitu Nur Sheila Hassim juga sudah mengetahui hubungan mereka berdua sebelum menjadi isteri penyanyi itu lagi.

“Sebenarnya saya dan abang Lan dah dapat agak netizen mesti akan buat spekulasi. Tapi tak apa, kami tak kisah sekiranya mereka nak fikir yang bukan-bukan.

“Sebab kalau kita jelaskan pun, mereka tetap akan persoalkan semula dan ada saja yang tak kena. Tapi sebenarnya kalau kaji betul-betul, mesti kenal kami adik-beradik.

“Ada yang memang kenal saya, mereka tak bercakap apa-apa sebab tahu pertalian kami. Malah, isteri abang Lan pun tahu siapa saya sebelum mereka berkahwin,” ujarnya.

 

 

Be the first to comment on "Aksi Mesra Zetty Rashid, Lan Solo Selepas Persembahan ‘V0kal Mania’ Dikec4m Tak Manis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*