YouTuber Terkenal Direman 2 Hari selepas Didakwa Cabul Pelakon Drama

SELEPAS pendakwah muda, Syed Iqmal ditahan dan didakwa kerana mencabul dan merogol beberapa gadis baru-baru ini, kali ini seorang YouTuber pula diperintah reman dua hari bagi membantu siasatan kes dakwaan mencabul seorang gadis.

Personaliti media sosial berusia 22 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap gadis berusia 24 tahun itu di sebuah inap desa, Ogos lalu.

Sebelum itu, media tempatan melaporkan seorang YouTuber yang menghasilkan drama untuk content di YouTube tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul.

Youtuber ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan dakwaan cabul seorang gadis. – FOTO KOSMO.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata suspek menyerah diri pada jam 10.30 pagi, Jumaat.

Pada 4 Disember lalu, seorang wanita berusia 24 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh suspek dan kejadian itu berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian.

Perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan selepas tamat penggambaran drama melibatkan YouTuber berkenaan pada 1 Ogos lalu.

Siasatan awal mendapati mangsa dihubungi oleh rakannya yang menawarkannya untuk berlakon sebuah drama di YouTube dengan bayaran RM600.

Selepas selesai penggambaran itu, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.

Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian suspek didakwa masuk ke dalam bilik lalu mencium, memeluk serta meraba mangsa dan melakukan onani.

Selepas empat bulan, mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu sini selepas terbaca mengenai kes yang melibatkan pendakwah selebriti dan merasakan kejadian sama berlaku kepadanya.

 

Sumber : Mstar/Kosmo

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "YouTuber Terkenal Direman 2 Hari selepas Didakwa Cabul Pelakon Drama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*