Selepas 13 hari Di Lokap, Da’i Syed Terpaksa Bermalam Di Pusat Tahanan Sebab Tak Sempat Nak Nayar Ikat Jamin RM35,000 tak sempat nak bayar

HASRAT pendakwah muda, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail untuk tidur lena di rumah selepas 13 hari berada dalam tahanan polis bagi tuduhan salah laku seksual terpaksa dilupakan kerana pihaknya gagal membayar ikat jamin.

Ia susulan wakil yang juga pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar gagal membayar wang jaminan sebelum kaunter bayaran di mahkamah ditutup pada pukul 5 petang, Khamis.

Difahamkan Mohd Aizat akan hanya membuat bayaran berkenaan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dan Shah Alam pada Isnin depan.

Sehubungan itu Syed Shah Iqmal atau Da’i Syed, 25, terpaksa dihantar ke Pusat Tahanan Reman Sementara Beranang, Selangor sementara menantikan proses ikat jamin selesai.

Da’i Syed hadir ke mahkamah dengan memakai baju berwarna biru.

Dalam pertuduhan ke atasnya pada Khamis, Da’i Syed dibebaskan dengan ikat jamin bagi tiga tuduhan jenayah seksual masing-masing di Mahkamah Sesyen dan majistret Petaling Jaya, dan Mahkamah Sesyen, Shah Alam.

Bagi pertuduhan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan berhubung dakwaan melakukan seks luar aturan tabii mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan perbuatan cabul mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM25,000 bagi kedua-dua dakwaan itu.

Sementara di Shah Alam pada sebelah petangnya, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang penganggur wanita berusia 23 tahun dalam kejadian pada 11 September tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan terhadapnya.

Hakim Rofiah Mohamad mengarahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 berserta seorang penjamin dengan tiga syarat ditetapkan mahkamah.

Syarat itu iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa, melapor dirikan di Balai Polis Kota Kemuning, Shah Alam pada setiap 1 haribulan bermula 1 Januari ini selain dilarang berhubung dengan mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan pada 19 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes masing-masing di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Manakala 25 Januari ditetapkan untuk pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen berkaitan kes kepada Mahkamah Sesyen Shah Alam.

 

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Selepas 13 hari Di Lokap, Da’i Syed Terpaksa Bermalam Di Pusat Tahanan Sebab Tak Sempat Nak Nayar Ikat Jamin RM35,000 tak sempat nak bayar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*